Sunday 25 October 2015

Layar Diri 2


 1) Susah & Senang

Bagi seseorang yang tidak pernah mencuba sukan pelayaran, mungkin ia kelihatan senang. Namun setelah menyertai sukan ini barulah terasa ia tidak semudah yang disangka. Bila angin tiada, layar, arus dan ombak yang besar dan kuat perlu dikendalikan sendirian. 

Sama seperti hidup seorang kanak-kanak. Semuanya dirasakan mudah. Minta apa sahaja dengan ibu dan ayah pasti ditunaikan. Namun bila kedua orang tua telah tiada, barulah terasa peritnya hidup tanpa mereka. Banyak perkara perlu diusahakan sendiri. Mencari sesuap nasi perlu dicari bagi kelangsungan hidup yang selesa. Semua benda perlu dibayar dengan duit. 

Bersyukurlah dengan pemberian dan nikmat dari Tuhan.  








2) Taklimat

Seorang guru atau pelatih pasti akan memberi taklimat kepada anak buah sebelum pertandingan bermula. Guru ini mahu ingin pastikan semua atletnya tahu apa yang akan dibuat apabila tiba masanya. Kadangkala maklumat itu perlu diulang berkali-kali. Biar semuanya benar-benar faham. Ini kerana selepas itu semuanya bergantung pada atlet itu. Jika malas, mereka hanya duduk membisu dan menanti untuk dibantu. Manakala yang bersemangat akan mendengar dengan tekun dan mengikut semua arahan yang telah ditekankan.

Dalam kehidupan, kita telah diberi "taklimat" oleh Allah akan tujuan sebenar kehidupan. Dari alam roh lagi dan "diulang-ulang taklimat" yang sama di dalam perut ibu di alam rahim. Apabila lahirnya kita ke dunia, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Sama ada berusaha bercucuk tanam menanam benih akhirat atau memilih untuk tidak berbuat apa-apa. Sengaja dilengah dan dibiarkan kerana menanti hari tua untuk benar-benar berusaha. Namun, yakinkah kita?



" Kita tahu bila tarikh lahir kita, tetapi kita tidak akan tahu bila tarikh MATI kita?"


3) Cuba dahulu


"Kau tak terlalu tua untuk mencuba sesuatu dan kau tak terlalu muda untuk menyerah kalah dengan sesuatu. Manfaatkan segala peluang selagi mampu. Teruskan mengejar. Kau tak tahu apa nikmatnya bersabar"


No comments:

Post a Comment

Popular Posts