Thursday 26 November 2015

Menu Hati Special Edition : Tribute to Tan Sri P.Ramlee @ FINAS



Terdapat banyak perumpamaan & analogi yang ada dalam kitab Suci Al-Quran. Antaranya :-


Dalam hidup, banyak masa kita dihabiskan dengan "Makan".

~ Sebelum tidur "Nak makan apa esok? 
~ Bangun Tidur "Pagi ni nak sarapan apa?", 
~ " Tengah hari nak lunch apa?"
~ " Malam ni nak masak apa?"
~ "Tengah malam lapar lagi...makan lah sikit."

Jangan sekadar makan & minum sahaja. Ia sewajarnya dijadikan medium untuk kita mengingati Allah.

Ingat Makan, Ingat Tuhan.





Filem 1: Ahmad Albab - GARAM & GULA

Adegan Syawal memberi hadiah garam & gula. Ia PELENGKAP kepada kari & kopi yang dibawa oleh Mastura...

Perkara kecil yang menjadi PELENGKAP HIDUP : 
1. Ukhuwwah/silaturrahim
2. Nasihat/peringatan
3. Ujian/cabaran

Filem 2: Laksamana Do Re Mi - NASI & LAUK-PAUK

Adegan Mi menggunakan 'bansing hikmat' meminta nasi. Do Re Mi dihidangkan bukan sahaja dengan nasi tetapi pelbagai lauk-pauk untuk dimakan bersama nasi...
Tujuan utama hidup adalah IBADAH. Tetapi kita di'hidang'kan dengan pelbagai TUGAS, AMANAH & TANGGUNGJAWAB untuk diserasikan dengan tujuan utama hidup tersebut...





Hukum Allah:-

1) Wajib ( Buat dapat pahala, tinggal berdosa )
2) Sunat ( Buat dapat pahala, tinggal rugi )
3) Harus ( Buat atau tak buat sama sahaja)
4) Makruh ( Perkara dibenci Allah tapi tak berdosa lakukan)
5) Haram ( Buat berdosa, tinggal dapat pahala)

Dalam hidup, di manakah keberadaan  KITA? :

1) Wajib ( Kita ada perlu, kita tiada orang mencari2 )
2) Sunat ( Kita ada perlu, kita tiada tak mengapa tapi lebih baik ada)
3) Harus ( ada atau tiada sama sahaja)
4) Makruh (kita ada orang tak suka)
5) Haram ( kita tiada orang suka, kita ada huru-hara)


 Filem 3 -Pendekat Bujang Lapok - Pisang


Adegan penjahat di penambang mengambil pisang milik seorang makcik secara tidak berakhlak & paksaan. Ia mengundang kemarahan makcik tersebut...

Rezeki milik Allah. Berakhlaklah dalam memohon, mencari dan memperolehinya. Jika tidak, ia akan mengundang kemurkaanNYA...



 Seorang pakar motivasi India pernah memberitahu saya:

" Jika Gaji kamu RM2000.00 tetapi kamu sekadar bekerja dengan nilai RM800.00. Jangan risau. Nilai RM1,200.00 yang kamu dapat itu ada. Ia "tergantung-gantung di atas". Tuhan akan "beri" dalam bentuk anak kamu sakit, hubungan suami-isteri kamu tidak baik, kereta kamu selalu rosak2 & kesusahan2 lain sehinggalah ia cukup RM1,200.00"

Tetapi....

" Jika Gaji kamu RM2000.00 tetapi kamu bekerja keras seolah2 bergaji RM2,500.00. Jangan risau. Lebihan RM500.00 kamu akan dapat juga. Ia "tergantung-gantung di atas". Tuhan akan "beri" dalam bentuk anak kamu selalu sihat, hubungan suami-isteri kamu baik sahaja, kereta kamu walaupun buruk tetapi tak selalu meragam & banyak kemudahan lain sehinggalah ia cukup RM500.00"

Masya'Allah!


Kata Ustaz Don pula...


Filem 4 - Bujang Lapok -Ayam Kurma
Adegan Ramlee, Sudin & Ajis memasak ayam kurma keras kerana meletakkan terlalu banyak garam. Sudin dan Ramlee sedar tentang ayam yang keras dan kuah yang masin. Sebaliknya Ajis terus juga makan tanpa menghiraukan mereka....
Dosa yang dilakukan berterusan akan mengeraskan hati. Beruntunglah bagi yang sedar & berhenti dari perbuatan tersebut. Sebaliknya ada dikalangan kita yang terus melakukan dosa & tidak mengendahkan peringatan...




Filem 5: Bujang Lapok - Belanja Mata Air


Adegan Ramlee yang sentiasa ditipu berkali-kali oleh wanita di kedai makan. Pengakhirannya, dia pulang dengan singlet koyak/muflis...
Berhati-hati dengan dunia. Usah sampai kita ditipu berkali-kali. Pengakhirannya nanti kita akan muflis di akhirat....
 Filem 6 - Labu Labi - Pesan Air


Adegan Labu & Labi memesan minuman. Labi jelas dengan apa yang diminta, tetapi Labu meminta apa yang dia sendiri tidak tahu...
Ketika memohon sesuatu/bermunajat ke hadrat Ilahi :
1. Hendaklah faham dan jelas dengan apa yang kita minta
2. Iringi permohonan dengan usaha dan ikhtiar
3. Usah jemu, teruslah memohon



Filem 7- Nujum Pak Belalang - "Kopi Belalang"


Adegan belalang cuba membuat 'kopi' dengan mengumpulkan arang dan belakang belanga...Warna hitam seperti kopi, tapi tetap bukan kopi!
Dalam hidup, ada yang 'sama tetapi tetap tidak serupa' :
1. amal baik tanpa iman vs amal baik dengan iman
2. amal baik tanpa rasa vs amal baik dengan rasa
3. muslim vs mukmin
Usaha / ikhtiar perlu istiqamah agar menghampiri kesempurnaan amal & meraih redha Allah SWT.



Filem 8- Tiga Abdul - "Undang-undang Makan"
Adegan Abdul Wahub yang akur dengan peraturan ayah mertuanya. Menerima semua undang-undang di meja makan dengan jawapan positif. Makan berseorangan & hanya boleh mengambil bau sahaja. Akhirnya beliau berjaya memiliki segala-galanya...

Begitulah hidup, ada  Peraturan dan hukum yang ada dalam Al-Quran perlu dipatuhi. Perjuangan perlu bagi mencapai sesuatu yang lebih kekal - akhirat. Kita perlu bijak agar kelihatan berbeza dengan orang biasa. Inilah yang akan menentukan taraf/nilai di sisi ALLAH. 


1 comment:

  1. Hebat ustaz!!.. saya ikuti ustaz di motivasi radio IKIM 5&6 sept 2017 (setakat ini) terus ingin mengenali ustaz lebih jauh lagi.. rupa2nya memang banyak ustaz beri ingatan mengenai makanan kepada insan lain terutamanya tertusuk ke hati saya
    . terima kasih banyak.

    ReplyDelete

Popular Posts