Ibrah Maulidur Rasul

'Ibrah Kisah Tentera Bergajah



1. Hindari sikap dengki, sombong dan iri hati Ia penyakit hati yang mesti diubati. Sejarah membuktikan sikap ini akan :

a. Menjatuhkan martabat seseorang (contoh : Kisah Iblis dengki pada Nabi Adam) b. Menyebabkan pertengkaran dan pertumpahan darah (contoh ; Kisah Habil dan Qabil) c. Memusnahkan diri sendiri (contoh : Kisah Abrahah)
* Baca lanjut tentang Hasad Dengki

2. Allah akan pelihara 'rumah'nya. Kaabah dipelihara oleh Allah daripada dirobohkan. Sebab itu mesti dekati diri dengan rumah Allah untuk diri kita dipelihara
Contoh : Tsunami di Acheh (masjid terpelihara)

Contoh : Banjir di negara kita (air banjir yang masuk ke dalam masjid menjadi jernih) - Baca lanjut di sini

Hati yang kotor ibarat air bah, bawa ia ke masjid @ rumah Allah agar ia menjadi jernih.
3. Azab neraka itu amat pedih Kisah tentera gajah yang mati akibat batu dari neraka sijjil..tetapi mereka tidak 'hidup semula' setelah mati seperti 'daun dimakan ulat'. Beza dengan neraka Allah, masuk ke sana azabnya 'abadan abada'..
(Contoh ; lepas dipotong lidah, lidah akan tumbuh semula dan dipotong lagi dan lagi dan lagi)
Jadi, kalau kita kata kisah tentera gajah ngeri kematiannya, 100 kali kita perlu ngeri dengan neraka kerana azabnya berkekalan tiada kesudahan..
Ceramah dimulakan atau disudahi dengan lagu JUNJUNGAN MULIA oleh Kumpulan Al-Mizan:-


Seterusnya, setiap kali maulid disambut, kita akan ulang2 mengingati nama ayah, ibu, ibu susu Nabi dll..
Ibrahnya;
1. Setiap kelahiran perlu kepada pengorbanan ibu ayah. Jadi, kasih, sayangi dan doakan mereka...
(Sebut sebarang kisah berkaitan menghormati ibu ayah - ( Contoh: Baca Di Sini)

2. Syarat mendapat zuriat yang baik ialah ibu ayah kena jadi baik dulu.. Jadi, proses menjaga akhlak dan sikap kita sebenarnya natijahnya untuk melahirkan zuriat dan keturunan masa depan yang baik..
3. Keredhaan hidup daripada Allah datang daripada redha ibu ayah Jadi, berusaha menyantuni mereka sehingga hayat mereka tiada. Malah doakan mereka tanpa gagal setiap hari.




Ibrah Selawat


Selawat dari kata asal solat maksudnya pujian dan doa. Itu sebabnya kalau cinta NABI gandingkan selawat dan solat. Selawat sahaja tidak cukup.


"Orang yang selawat belum tentu solat, tetapi orang yang solat sudah pasti akan berselawat"


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts