1. Air Putih
2. Air Teh
3. Bentuk- Segitiga
4. Cara Membuka
5. Lauk-pauk
6. Kertas Pembungkus
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhhulL_B6bDscam9JEMVPNzOnoyiyXzV6najDCBIXyndB4WTSwYrenjFsutxqxiXKXeF2w0luWUTj0aAx6-uLetM0HnS7cV7vdq27BMPPdq4ZaS8Tl221PJlLgoNoP9Oq000LqK8HVah3ag/s320/albaqarah+26.png)
yang fasik;
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjl-uHwJ9YCpYPlWLhZiEupkPX55wzhH4ML-3YU-ynBGXiH4caM1ZbQyv34Kl7Lt-8qSm2Cqpep-ITutFZj6xSnxatrJtyXIw-5bYbldnN6ez00-g8y6QlCiiIoFoCmawCt5SPTwzFCBX2v/s320/nl4.jpg)
“Mulakan harimu dengan segelas air
putih kerana ia mampu melembapkan kulit dari dalam dan mengekalkannya pada
tahap optima.
Mulakan harimu dengan sebuah hati
yang bersih dan jernih kerana ia mampu menyegarkan dirimu dari dalam dan
mengekalkannya/ istiqamah pada tahap optima.”
2) AIR TEH
Ketika menuang secawan teh melalui
teko, ia kelihatan indah dan mudah. Namun jika ditelusuri terlalu rumit
prosesnya; menanam, membaja, memelihara, memetika daun, memproses serta
mengedarkannya. Maka bersyurkurlah setiap kali menghirup secawan teh!
Ketika menikmati Islam melalui
baka/ keturunan, ia kelihatan indah dan mudah. Namun andai ditelusuri, terlalu
banyak dan rumit proses dakwah dan penyampaiannya; penurunan wahyu, dakwah
sembunyi, ancaman, desakan dan penderitaan serta pengorbanan/ susah payah
menyampaikannya. Maka bersyukurlah setiap kali menghirup udara pagi dalam Islam
dan Iman!
3) SEGITIGA
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi70IW7wovlnCGY9fcQJ9rkMHQJTI22OUBcakemzJ2AkH_D-KwAAN2wrxxu7GFUHPP7F9VaXX1HbncV3g_EIjoAAdstD2hAIsWwPqX1UN6_vuEwn4756wPzN1ujhgoivJJtOdlMpU_TuLE-/s320/nl7.jpg)
Kehidupan: Bentuk sebuah kehidupan
berpaksikan TIGA ELEMEN yang sangat klasik: ISLAM, IMAN & IHSAN tetapi
itulah yang kita yakini sejak zaman-berzaman. Ini baru ‘real’ sebuah kehidupan
muslim!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDxsa-cHeoIHJaE36s6LYe4aXIFouvZmDcdM-ab6saK5hdzlw51dCSkK_xDRMCIC8liaZa8JeqxglyfixkiCf3jf9XApkuqYaez5OmHHW0EuvI29aNbAtdwKkYPd_qLYZXjU2fPl2UQnN2/s320/nl8.jpg)
Ada cara tersendiri mahu membukanya. Barulah nasi lemak tidak berterabur dan dapat dinikmati dengan baik!
Kehidupan: Ada cara tersendiri mahu
‘membukanya’. Barulah ‘Barokah’ tidak hilang dan dapat dinikmati dengan penuh
syukur!
Sambal, Ikan bilis, Kacang, Telur – adalah perkara asas yang
perlu ada. Ia diserasikan dengan menu utamanya iaitu NASI LEMAK!
Kehidupan: Tugas, Tanggungjawab dan
Amanah adalah perkara asas yang perlu dipikul. Ia mesti di’serasi’kan dengan
tujuan utama hidup iaitu ‘BERIBADAH’ kepada-Nya!
Ketika menikmatinya, terkadang
fokus kita terganggu dan terarah kepada berita pada akhbar pembungkusnya. Kalau
begini, bila mahu selesai makan? Pedulikan berita-berita itu, dan teruskan
makan!
Kehidupan: Ketika menikmatinya,
terkadang fokus kita terganggu dan terarah kepada pengalaman/ memori lama.
Kalau begini, bagaimana mahu meneruskan hidup? Pedulikan memori silam itu dan
teruskan kehidupan!
KULIYAH DISAMPAIKAN DI DALAM PROGRAM BERIKUT:-
No comments:
Post a Comment