1. Rojak Buah
Rojak Buah : Kepelbagaian buah-buahan sudah tidak kelihatan apabila kuah rojak membalutinya. Perbezaan itu akhirnya menyatu dalam sebuah nama ; rojak....
Nur Islam : Kepelbagaian kaum, etnik dan bahasa sudah tidak kelihatan apabila nur Islam menyinarinya. Perbezaan itu akhirnya menyatu dalam sebuah nama ; Muslim...
2. Betik
Memakan buah betik setiap hari dapat memberikan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang sangat berkesan...
Membaca Al-Quran setiap hari dapat memberikan tenaga dalaman dan menjadi sumber pembersih hati yang sangat berkesan...
3. Belimbing
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_GwNEYDmptjHUC2lYwkQKQHu11gZw9BJqDon43VemUZTKYTfmCOMZfufe2hex5M8mNSsntcs2pu3lV7nLISN3VolhbJv-zUyiTCUAvCw95nBqbslKf9aRnloeuVVJ_aooTrOi_HArFDyf/s200/belimbing.jpg)
Puasa @ Siyam : Ia mampu menjaga dan meningkatkan daya tahan tubuh, membakar lemak yang mengandungi kimia dan membebaskannya dari tubuh, memperkuatkan sistem pencernaan tubuh...
Ciku @ Manilkara Zapota : Tumbuhannya sentiasa menghijau rendang, berdahan rendah dan liat, berdaun lebat dan menghasilkan buah sepanjang tahun...
Insan @ khalifatullah fil ar'd : Tugasannya sentiasa memakmurkan dunia, merendah diri dan teguh pendirian, berkembang generasi dan memberi manfaat sepanjang kehidupan...
Melihat rambutan muda, kita ternanti-nanti masaknya. Kita jaga dengan berhati-hati semata-mata tidak mahu ia rosak. Biarlah ia membesar dan masak dengan sempurna...
Melihat generasi muda, kita ternanti-nanti matangnya. Kita jaga dengan berhati-hati semata-mata tidak mahu hidupnya rosak.Biarlah generasi muda membesar dan matang dengan sempurna....
6. Tembikai
Asid Amino L-citrulline dalam tembikai telah terbukti mampu mengurangkan kesakitan otot dan mempercepatkan masa pemulihan otot manusia...
Rukun fi'li dalam solat telah terbukti mampu mengendurkan urat saraf, mengaktifkan sistem haba dalam tubuh, membuka pintu oksigen ke otak, mengeluarkan arus negatif dari tubuh, dan membuka pembuluh darah di bahagian tubuh (arteri jantung)...
7. Limau Nipis
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhMhcs04dc1DWL8BheMbuMOCbw3wKRAzHVQVASylU7jYJ1i43FfU6_vhulrGeSXhF-3nJtKcR2mPBhBOxpk4Rvv8kV5rq8HEl5LcX71fZt8bRgV6GtrSjntewP9s3QrIsSdI2RlMhrONtt9/s200/limau+nipis.jpg)
Istighfar : Rasa rendah diri dan unsur penyesalan dalam lstighfar dapat membuang 'toksin jiwa' (dosa) dalam diri jika dilafazkan sebagai zikir harian....
Kandungan vitamin A dalam mangga sangat baik untuk penjagaan mata manusia.
Pesan nabi :
"..Dua mata yang tidak akan terjilat api neraka, mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang berjaga-jaga di tengah malam di jalan Allah.”
( riwayat at-Tirmidzi )
"..Dua mata yang tidak akan terjilat api neraka, mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang berjaga-jaga di tengah malam di jalan Allah.”
( riwayat at-Tirmidzi )
9. Strawberi
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjffBMTj_lML-Km7Tnt8njDvTNAWXiIwcaZT1tvtm1I6Tk_AaPxvcgrtFn6ZOoRoZDt16NPS3ULtQvz_tp7xgA9BRITn6shnzspgnP41aMnoAQCeh5j2DBcobZBtt9rZxIGmrGbd0o9vL21/s200/strawberry.jpg)
Kepimpinan : Diberikan jawatan tinggi, dikelilingi bantuan dan sokongan, dipengaruhi pujukan nafsu, "seronok ni, seronok..."...boleh hanyut dan leka menggalasnya!
No comments:
Post a Comment