Blog ini menghimpunkan pengisian ceramah, program yang pernah disertai & karya seni yang dihasilkan. Semoga beroleh manfaat.
Sunday, 25 October 2015
Layar Diri 2
Bagi seseorang yang tidak pernah mencuba sukan pelayaran, mungkin ia kelihatan senang. Namun setelah menyertai sukan ini barulah terasa ia tidak semudah yang disangka. Bila angin tiada, layar, arus dan ombak yang besar dan kuat perlu dikendalikan sendirian.
Sama seperti hidup seorang kanak-kanak. Semuanya dirasakan mudah. Minta apa sahaja dengan ibu dan ayah pasti ditunaikan. Namun bila kedua orang tua telah tiada, barulah terasa peritnya hidup tanpa mereka. Banyak perkara perlu diusahakan sendiri. Mencari sesuap nasi perlu dicari bagi kelangsungan hidup yang selesa. Semua benda perlu dibayar dengan duit.
Bersyukurlah dengan pemberian dan nikmat dari Tuhan.
Layar Diri 1
Menu Hati 5
1. Capcicum a.k.a Lada Benggala
: Tiga warnanya hijau, kuning dan merah
seakan lampu isyarat ; teruskan perjalanan, berhati-hati, berhenti.
Sangat berkhasiat untuk diet, cegah kolesterol, kanser dan 1001 khasiat
lain lagi andai diamalkan dalam pemakanan kita.Kalam Allah a.k.a Al-quran : Tiga saranannya dalam kehidupan insan ; laksanakan kebaikan, berhati-hati dengan perkara yang memudaratkan, hentikan perkara kejahatan. Sangat 'berkhasiat' untuk hidup yang sejahtera, cegah kerosakan diri dan 1001 'khasiat' lain lagi andai diamalkan dalam kehidupan kita.
2. Roti Tortilla : Roti nipis yang membalut apa jua rencah. Balutan yang kemas akan memastikan segala rencah tadi tidak terkeluar dan mampu dinikmati dengan baik.
Sifat ikhlas : Sifat 'nipis/halus' yang 'membalut' apa jua amal. 'Balutan' yang kemas akan memastikan segala amalan kita tidak sia-sia dan mampu memperolehi ganjaran di sisiNya.
3. Puding Roti : Sedap dimakan. Pemanis mulut. Tapi tak boleh diambil banyak sangat, nanti muak dan boleh ditimpa penyakit...
Pujian : Sedap didengar. Pemanis hati. Tapi tak boleh terima banyak sangat, nanti riak dan boleh ditimpa 'penyakit hati'...

4. Kuih Ketayap
Kuih ketayap, kuih gulung, kuih dadar...manisnya kuih!
Pakai ketayap, buka gulung tikar, sejadah dihampar...'manis'nya Solat!
5. Donut
Kuih apa yang dimakan tepi?
DONUT
6. Roti CanaiDONUT
Roti Canai : Semakin lama dimakan, semakin kecillah (kehabisan) roti dan semakin besarlah (kekenyangan) perut....
Kehidupan : Semakin lama hidup, (sepatutnya) semakin kecillah (kerakusan) dunia dan semakin besarlah (keinginan) akhirat...
7. Rempah Ratus
Rempah ratus : Penuh kepelbagaian, dengan kelebihan tersendiri, namun tugasnya tetap sama, iaitu menjadi pelengkap masakan....
Jutaan manusia : Penuh kepelbagaian, dengan kelebihan tersendiri, namun tugasnya tetap sama, iaitu menjadi pelengkap kehidupan...
8. Maruku
Maruku : Semasa membuat, putaran lingkarannya bermula dari kecil ke besar. Semasa menikmatinya, putaran lingkarannya bermula daripada besar ke kecil sehingga tiada apa-apa atau dipatah-patahkan sahaja lingkaran itu....
Kehidupan : Semasa membuat kebaikan, putaran lingkarannya bermula dari perbuatan kecil kepada yang besar. Semasa menikmati pujian, putaran lingkarannya bermula daripada besar ke kecil sehinggalah tiada rasa apa-apa (tawadhu') atau di'patah-patah'kan sahaja rasa bangga, ego dan sombong...
Saturday, 3 October 2015
Wednesday, 30 September 2015
Menu Hati 4
1. Segera
Semasa di kedai makan, kesegeraan dan kepantasan melayan kehendak pengunjung adalah ciri utama yang akan menarik perhatian untuk berkunjung lagi.
Semasa di dunia, kesegeraan dan kepantasan kita 'melayan' / menuruti kehendak Ilahi adalah ciri utama yang akan menarik perhatian Rabbul Jalil untuk lebih hampir dengan kita.
"...Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul..." Surah Al-Baqarah : 186
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Allah Ta'ala berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". (Hadits ditakhrij oleh Bukhari).

2. Putu Bambu
Acuan bambu, maka terhasillah bentuk bambu/buluh...
Anak-anak : Acuan didikan yang benar, maka terhasillah perilaku/sahsiah yang benar...
Saturday, 26 September 2015
Menu Hati 3
1) Kuih Lapis
Saya berkesempatan melihat Arwah Nyai (panggilan untuk nenek sebelah ibu) membuat kuih untuk jualan. Antara kuihnya ialah kuih lapis. Teruja sungguh melihat bagaimana Arwah Nyai dengan penuh tekun dan sabar membuat kuih tersebut selapis demi selapis sehingga siap. Itulah sebabnya, ketika menikmati kuih lapis, saya suka makan selapis demi selapis. Setiap kali mengupas selapis, akan jelas terbayang jerih payah serta kesabaran Arwah Nyai. Saya menikmatinya dengan rasa syukur…...
Saya tidak berkesempatan melihat perjuangan pejuang kemerdekaan. Sekadar teruja mendengar cerita yang dikisahkan oleh Arwah Nenek sebelah abah tentang keperitan zaman jepun dan zaman orang putih. Sungguh pun begitu, saya berusaha agar setiap kali 'mengupas' selapis demi selapis lipatan sejarah, saya mencari-cari sebab untuk terus menjadi hamba yang menikmati kemerdekaan dengan rasa syukur padaNYA….
2) Burger
Sekeping daging, diapit dengan dua keping roti atas dan bawah. Pegang dengan kemas kedua-dua roti tersebut agar daging tetap berada di tengah-tengahnya.
Prinsip hidup.
Sekeping hati, diapit dua sifat iaitu sabar dan taat. Pegang dengan kemas kedua-dua sifat tersebut (sabar dan taat) agar hati tetap teguh berada di tengah-tengahnya.
"...Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;...."
Surah Al-Baqarah : 46
Saya berkesempatan melihat Arwah Nyai (panggilan untuk nenek sebelah ibu) membuat kuih untuk jualan. Antara kuihnya ialah kuih lapis. Teruja sungguh melihat bagaimana Arwah Nyai dengan penuh tekun dan sabar membuat kuih tersebut selapis demi selapis sehingga siap. Itulah sebabnya, ketika menikmati kuih lapis, saya suka makan selapis demi selapis. Setiap kali mengupas selapis, akan jelas terbayang jerih payah serta kesabaran Arwah Nyai. Saya menikmatinya dengan rasa syukur…...
Saya tidak berkesempatan melihat perjuangan pejuang kemerdekaan. Sekadar teruja mendengar cerita yang dikisahkan oleh Arwah Nenek sebelah abah tentang keperitan zaman jepun dan zaman orang putih. Sungguh pun begitu, saya berusaha agar setiap kali 'mengupas' selapis demi selapis lipatan sejarah, saya mencari-cari sebab untuk terus menjadi hamba yang menikmati kemerdekaan dengan rasa syukur padaNYA….
2) Burger
Sekeping daging, diapit dengan dua keping roti atas dan bawah. Pegang dengan kemas kedua-dua roti tersebut agar daging tetap berada di tengah-tengahnya.
Prinsip hidup.
Sekeping hati, diapit dua sifat iaitu sabar dan taat. Pegang dengan kemas kedua-dua sifat tersebut (sabar dan taat) agar hati tetap teguh berada di tengah-tengahnya.
"...Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;...."
Surah Al-Baqarah : 46
Monday, 24 August 2015
Menu Hati 2
1) Kebiasaannya, ketika berada di restoran, apabila sudah sampai di depan kaunter barulah mahu berfikir hendak pilih makanan apa, minum apa, pakej yang mana. Menu kan sudah terpampang lama. Perhatikanlah awal-awal. Bukankah ia menyusahkan diri, orang lain serta sudah terlambat. Buatlah pilihan dan keputusan awal. Pelik sungguh!
Kebiasaannya, ketika melalui kehidupan, apabila sudah sampai di 'sana' nanti barulah tersedar dan terfikir mahu memilih kehidupan bagaimana,kesudahan seperti apa, pengakhiran yang mana. 'Menu Hidup / Al-Quran' kan sudah terpampang lama. Perhatikanlah dan tadabburlah awal-awal. Bukankah ia menyusahkan diri, orang lain serta sudah terlambat. Buatlah pilihan dan keputusan awal. Pelik sungguh!
Surah al-Mu'min/Ghafir 32-33
وَيَا قَوْمِ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ يَوْمَ التَّنَادِ
"Dan, wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa azab seksa hari (kiamat) yang padanya masing-masing menjerit-jerit memanggil (memohon pertolongan),
يَوْمَ تُوَلُّونَ مُدْبِرِينَ مَا لَكُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ عَاصِمٍ ۗ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
"(Iaitu) hari kamu berpaling undur melarikan diri; padahal semasa itu tidak ada sesiapapun yang dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tiada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
Surah Sajadah : 13
وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".
2) Ketika cebisan makanan terselit di celah gigi, keadaannya sungguh tidak selesa. Terasa seperti ia terlalu besar. Usaha dilakukan bersungguh-sungguh sehingga dapat mengeluarkannya. Barulah rasa tenang dan selesa.
Ketika cebisan dosa dan kesalahan terselit di celah kehidupan, keadaannya juga sepatutnya akan mengundang tidak selesa. Mesti ada rasa seperti ia terlalu besar. Usaha mesti dilakukan secara bersungguh-sungguh sehingga dapat mengeluarkan diri daripada dosa dan kesalahan walau sekecil mana pun. Barulah kehidupan akan rasa tenang dan selesa.
3) Risau sungguh rasa apabila sudah tidak lagi boleh menikmati makanan manis-manis. Hilang nikmat dunia yang sementara!
Risau yang sama perlu ada apabila sudah tidak lagi boleh merasa nikmat manisnya ibadah. Hilang nikmat akhirat yang kekal abadi!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Terdapat banyak perumpamaan & analogi yang ada dalam kitab Suci Al-Quran. Antaranya :- Dalam hidup, banyak masa kita dihab...
-
Layar Diri #1 : "Semua manusia ada kekurangan dan kelebihan. Jadi, perbaiki kekurangan dan manfaatkan kelebihan." Layar Diri ...
-
1. Lodeh Nasi Impit Kuah Lodeh : Kuah Lodeh dengan segala bahan-bahannya yang memberikan rasa kepada nasi impit yang kosong dan tawar it...
-
'IBRAH di sebalik peristiwa ISRAK MIKRAJ 20 May 2013 (Isnin) Tahun Kesedihan.. mula titik besar israk mikraj 'Ibrah di seb...
-
1) Susah & Senang Bagi seseorang yang tidak pernah mencuba sukan pelayaran, mungkin ia kelihatan senang. Namun setelah menyertai su...
-
Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.K...
-
Semalam Motivasi baldi yang elok. Hari ini Motivasi Baldi yang bocor. Baldi yang bocor dibawa dengan kesan berbeza, hanya dapat menyiram se...
-
1. Air Putih 2. Air Teh 3. Bentuk- Segitiga 4. Cara Membuka 5. Lauk-pauk 6. Kertas Pembungkus









