Thursday, 15 January 2015

Kisah Ibu Ayah

Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.Keperitan dan kesusahan yang dirasai oleh ibu ketika mengandung dan membesarkan anak juga tidak dapat dibayangkan sehingga seseorang itu sendiri menjadi ibu.Oleh itu, penghormatan terhadap ibu perlu diutamakan berbanding hak kepada seorang bapa.
Perkara ini berasaskan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi : Ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu.

Sunday, 12 October 2014

Status @ Fb

15 Jan 2015

Dosa dan Pahala….
"Ada dosa di sebalik dosa, berhati-hatilah…Ada pahala di sebalik pahala, berlumba-lumbalah…"
*viralkan yang baik-baik saja

14 Jan 2015
Baik itu fitrah kita…
"Mari kita buat perkara baik, dengan cara yang terbaik, sebagaimana yang diinginkan oleh Yang Maha Baik"

13 Jan 2015
Perbezaan kita dan nabi....
"Nabi sanggup menyusahkan diri sendiri demi kesenangan orang lain, tapi kita sanggup menyusahkan orang lain demi kesenangan diri sendiri"

19 Oktober 2014

Belajar daripada sebuah kematian.
"Kematian adalah apabila roh terpisah dari jasad. Jasad tanpa roh dipanggil mayat."
Begitu jugalah ibadah. Ibadah tanpa roh ibarat sebuah kematian. Mari 'hidup'kan ibadah kita dengan memberikan roh kepadanya. Hanya dengan demikian akan terasa keseronokan, keindahan dan halawatul iman….

12 Oktober 2014

Belajar daripada kesilapan ejaan dan tulisan perkataan…
"Hidup ini adalah sebuah pencarian. Apabila dirimu mencari kesalahan, maka yang akan dikau temui adalah kesalahan demi kesalahan. Berusahalah mencari kebaikan, kerana kelak dikau akan temui 1001 kebaikan walau pun di celah keburukan."

ANDA IALAH APA YANG ANDA CARI


Keratan Akhbar 11102014








Monday, 7 April 2014

Kaca Mata 4

Orang-orang yang pakai cermin mata, sampai satu ketika mereka perlu ke tempat membuatnya untuk melakukan pemeriksaan semula sama ada perlu tukar atau tambah kuasa pada kanta.
'Tambah power ya...dah calar cermin ni, kena tukar tuan'

Muhasabah terhadap diri sangat penting.
Jika dilihat dari kaca mata Allah, kita perlu meningkatkan kefahaman kita terhadap apa yang Allah inginkan. Sangat berbeza fahaman kita ketika sekolah rendah tentang ibadah jika dibandingkan dengan kefahaman sekarang.

Sangat pelik dan janggal jika kita menggunakan kaca mata yang sama berpuluh-puluh tahun.
Begitu juga jika skop pemahaman kita terhadap sesuatu isu agama sama sahaja.
Ia perlu pada peningkatan, perlu ditambah input ilmu dan kekhusyukkan agar ada penambahbaikan dalam mendepani hidup dari hari ke hari.
Ayuh tambah ilmu kita dari semasa ke semasa.
Ini penting agar kita semakin jelas dengan kehidupan dan nampak bahawa apa yang Allah berikan pada kita sangat cocok buat kita hambaNya.


Jom muhasabah dengan sentiasa checklist diri kita dari pelbagai aspek - ibadah, sosial dan sebagainya. Sebagaimana kaca mata perlu diupgrade untuk lebih selesa, begitu juga ilmu, iman dan amal kita.

Motivasi Pagi 20 Mac 2014 @ Ikim fm

Menghidupkan Sunnah 1

Selain berselawat. Apakah sunnah lain untuk menambah barakah?

Jumaat, sinonim dengan khutbah dan solat Jumaat.
Sesuatu yang boleh dipelajari. Beberapa sunnah yang boleh dilakukan agar solat Jumaat lebih diberkati. Antara sunnah yang dianjurkan baginda Nabi, khususnya ketika mendengar khutbah adalah:

1. Menghadap wajah khatib
Hari ini, jika diperhatikan, Jumaat berganti Jumaat. Kadangkala kita terlepas pandang.
Bagaimana nak menghadap wajah khatib? Pastikan perlu datang awal dan duduk di sof hadapan.
Yang selalu diingatkan untuk berhenti berbual dan fokus kepada khatib.
Masalahnya sekarang kita disekelilingi pelbagai gajet yang semakin menghilangkan fokus kita terhadap khutbah. Jika ada skrin, lihat skrin dan khatib agar keseluruhannya dapat masuk terus ke dalam minda.

2. Mengantuk - berpindah tempat

Bukan sahaja mendapat sepenuhnya isi khutbah, tapi turut menghidupkan sunnah.


Menghidupkan Sunnah: Menjawab Azan

Kita panjat puji & syukur kerana masih diberi nafas menghirup udara Sayyidul Ayyam...

Hari Jumaat penuh barakah, ringankan lidah kita mengingati baginda dengan memperbanyakkan Selawat kepadanya.
Moga ia menjadi tiket agar Nabi mengenali kita di Sana.

Ada lagi amalan ringkas, mudah tapi mungkin sering kita terlepas pandang.

1) Menjawab Azan

{Dari Abu Said alKhudri: Jika kamu mendengar suara azan jawablah seperti yang dikumandangkan oleh muazzin.} HR Bukhari

Cari Apa Hari Ini 4

Setiap kali selepas aktiviti ini kami main bersama, di hujungnya, markah dikira, masing-masing berlumba-lumba mencari mata kemenangan ...

√ Konsep Menang & Kalah

Pada awalnya, kita cari siapa menang @ kalah? Kita atau anak?

Dalam hidup, menang & kalah, ia proses biasa yang kita lalui. Biasanya setiap hari kita mahu menang sahaja, tiada orang yang nak melalui hidup dengan kegagalan.

CARI APA HARI INI 2


Biasanya bila bermain di dalam kereta, anak2 hanya fokus perkara di luar kenderaan..
Bangunan... Plet kereta...

Tapi kadangkala saya tukar dengan menyebut yang hampir..
seperti pen, perkataan di beg sekolah, logo tertentu dalam kereta.
Biasanya mereka tak jumpa sebab hanya tengok di luar, terlupa apa yang ada di dalam.

Motivasi LUARAN vs DALAMAN :-

Popular Posts