Kita panjat puji & syukur kerana masih diberi nafas menghirup udara Sayyidul Ayyam...
Hari Jumaat penuh barakah, ringankan lidah kita mengingati baginda dengan memperbanyakkan Selawat kepadanya.
Moga ia menjadi tiket agar Nabi mengenali kita di Sana.
Ada lagi amalan ringkas, mudah tapi mungkin sering kita terlepas pandang.
1) Menjawab Azan
{Dari Abu Said alKhudri: Jika kamu mendengar suara azan jawablah seperti yang dikumandangkan oleh muazzin.} HR Bukhari
Imbas masa kecil dulu, mak ayah ajar bila azan jangan bercakap. Ini
sering kita pandang remeh. Sibuk dengan sembang & gurauan tanpa
menghiraukan laungan azan.
{Dalam Riwayat..sahabat bertanya pada Nabi: Para muazzin mendahului
kami. Apa yang boleh kita buat untuk mendapat kelebihan yang sama
seperti orang yang azan?
Kata Nabi: Kamu ulangi azan itu }
Ulangan tersebut ada kaedahnya:-
{Dari Umar alKhattab Rasulullah Saw bersabda:
* Jika dia mengucapkan Allahuakbar Allahuakbar jawablah Allahuakbar Allahuakbar...
* Jika dia mengucapkan Asyhadu an Laa ilaha illallah jawablah Asyhadu an Laa ilaha illallah ..
* Jika dia mengucapkan Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah jawablah Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah..
* Jika dia mengucapkan Hayya 'alas solah jawablah Laa Haula walaa quwwata illa billah...
* Jika dia mengucapkan Hayya 'alal falah jawablah Laa Haula wala quwwata illa billah..
* Jika dia mengucapkan Allahuakbar Allahuakbar jawablah Allahuakbar Allahuakbar....
Orang yang mengucapkan tulus dari hatinya, orang itu akan masuk syurga } HR Muslim dan Abu Daud
2) Solat sunat selepas Solat Jumaat
Walau secepat mana kita ingin pulang ke tempat kerja, ambillah ruang
dan peluang untuk hidupkan sunnah melalui solat sunat ini. Ia hanya 2 rakaat.
Mudah-mudahan Jumaat hari ini penuh motivasi besar...
Rasa tak sabar dan teruja menanti Jumaat berikutnya...
Hidup ini hanya pinjaman. Pasti kan kembali kepada Pemilik Pinjaman yakni Allah SWT...
Ustaz Idzhar Jumali Motivasi Pagi 28/3 @ Ikim.fm 91.5 mhz
Blog ini menghimpunkan pengisian ceramah, program yang pernah disertai & karya seni yang dihasilkan. Semoga beroleh manfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Terdapat banyak perumpamaan & analogi yang ada dalam kitab Suci Al-Quran. Antaranya :- Dalam hidup, banyak masa kita dihab...
-
Layar Diri #1 : "Semua manusia ada kekurangan dan kelebihan. Jadi, perbaiki kekurangan dan manfaatkan kelebihan." Layar Diri ...
-
1. Lodeh Nasi Impit Kuah Lodeh : Kuah Lodeh dengan segala bahan-bahannya yang memberikan rasa kepada nasi impit yang kosong dan tawar it...
-
Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.K...
-
Semalam Motivasi baldi yang elok. Hari ini Motivasi Baldi yang bocor. Baldi yang bocor dibawa dengan kesan berbeza, hanya dapat menyiram se...
-
1) Susah & Senang Bagi seseorang yang tidak pernah mencuba sukan pelayaran, mungkin ia kelihatan senang. Namun setelah menyertai su...
-
'IBRAH di sebalik peristiwa ISRAK MIKRAJ 20 May 2013 (Isnin) Tahun Kesedihan.. mula titik besar israk mikraj 'Ibrah di seb...
-
1. Air Putih 2. Air Teh 3. Bentuk- Segitiga 4. Cara Membuka 5. Lauk-pauk 6. Kertas Pembungkus
No comments:
Post a Comment