Motivasi pagi hari ini mengingatkan kembali
kisah benar seorang pakcik ketika menumpangkan Ustazah Norhafizah Musa
pulang dari ceramah.
"Pakcik: Hari itu, isteri pakcik menelefon minta pakcik pulang cepat ke rumah. Beliau rasa seperti ajalnya
semakin dekat. Saya merasa pelik. Pulang ke rumah, si isteri nampak
sedikit lemah. Beliau minta panggilkan semua anak-anak, saudara-mara dan
jiran tetangga. "Dah nak sampai masa rasanya ni" katanya.
Alhamdulillah, semua sempat berkumpul. Tidak berapa lama selepas itu, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir!
Ustazah: Subhanallah, hebatnya isteri pakcik. Boleh pakcik kongsi amalannya?
Pakcik: Seingat pakcik, isteri pakcik tidak pernah sekali pun dalam
keadaan tidak berwudhu'. Setiap kali batal wudhu'nya, akan diperbaharui
semula. Setengah jam sebelum waktu solat fardhu, beliau telah berada di
atas tikar sejadah, membaca Al-Quran. Bersiap-sedia menunggu waktu solat
dengan rasa teruja. Mungkin ini antara amalannya yang Allah tengok dan
turunkan rahmatNya di saat ajalnya tiba.
Itu secebis kisah yang dikongsi Ustazah.
Minggu ini Ustaz membawa kita merenung tentang air.
Hari ini kita imbas sejenak antara tips penenang diri ialah dengan - WUDHU'.
Wudhu' jalan untuk tenang.
Walau di sekeliling banyak ujian yang mendatang.
Ia saranan Nabi untuk sentiasa kekal dalam keadaan berwudhu'.
Cuba bandingkan keadaan diri ketika wudhu' & tanpa wudhu'.
Jiwa ketika wudhu' akan lebih menerbitkan rasa tenang.
WUDHU' itu sunnah. Jika dilihat & diamati lebih mendalam,
terkandung banyak perkara sunnah di dalamnya yang mungkin kita tahu tapi
sering terlepas pandang. Antaranya:-
1. Menyedikitkan air
Bagaimana kita buka kepala paip ketika Solat Jumaat? Kalau tak
mencurah-curah banyaknya pasti tak sah bukan? Tengah hari ini, kalau
boleh perlahankan aliran air, sekadar yang perlu sahaja.
Niatkan untuk ikut sunnah Nabi. Pasti ada ganjaran besar untuk diri.
Sebahagian surau/masjid yang ada paip automatik, ditekan baru keluar.
Tujuannya untuk sedikitkan air. Mengelak terpercik kawan kalau air itu
besar, tapi pahala sunnah itulah yang paling besar.
2. Bersugi
Ada yang sering bawa kayu sugi/berus gigi. Tapi kalau tak bawa? Guna
sahaja jari, masukkan ke dalam rongga mulut. Gonyoh & cuci dengan
niat untuk bersugi.
3. Masukkan sedikit air dalam hidung
Biasanya kita kurang buat. Lebihan air setelah berkumur sedut sedikit ke dalam rongga hidung dengan sebelah tapak tangan.
Ia amalan mudah, ringkas, tapi besar pahalanya.
4. Doa selepas wudhu'
Selepas wudhu' tadahlah tangan untuk berdoa (lihat gambar). Ia mungkin kita tahu tapi sering culas mengamalkan.
Tambahkan selawat di hari Jumaat yang penuh keberkatan.
Nabi Muhammad SAW jangan pernah dilupakan.
Moga Jumaat hari ini penuh dengan kebaikan.
Biar ia menjadi momentum diri untuk berjumpa Jumaat akan datang dengan rasa teruja dan penuh rasa taqwa kepada Allah Taala.
Hadirkan Nabi ketika wudhu' kita,
moga di Sana nanti, kita diizinkan hadir dalam ingatan Baginda.
Ustaz Idzhar Jumali - Motivasi Pagi 14 Mac 2014 @ Ikim.Fm 91.5 mhz
Blog ini menghimpunkan pengisian ceramah, program yang pernah disertai & karya seni yang dihasilkan. Semoga beroleh manfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Terdapat banyak perumpamaan & analogi yang ada dalam kitab Suci Al-Quran. Antaranya :- Dalam hidup, banyak masa kita dihab...
-
Layar Diri #1 : "Semua manusia ada kekurangan dan kelebihan. Jadi, perbaiki kekurangan dan manfaatkan kelebihan." Layar Diri ...
-
1. Lodeh Nasi Impit Kuah Lodeh : Kuah Lodeh dengan segala bahan-bahannya yang memberikan rasa kepada nasi impit yang kosong dan tawar it...
-
Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.K...
-
Semalam Motivasi baldi yang elok. Hari ini Motivasi Baldi yang bocor. Baldi yang bocor dibawa dengan kesan berbeza, hanya dapat menyiram se...
-
1) Susah & Senang Bagi seseorang yang tidak pernah mencuba sukan pelayaran, mungkin ia kelihatan senang. Namun setelah menyertai su...
-
'IBRAH di sebalik peristiwa ISRAK MIKRAJ 20 May 2013 (Isnin) Tahun Kesedihan.. mula titik besar israk mikraj 'Ibrah di seb...
-
1. Air Putih 2. Air Teh 3. Bentuk- Segitiga 4. Cara Membuka 5. Lauk-pauk 6. Kertas Pembungkus
No comments:
Post a Comment