Blog ini menghimpunkan pengisian ceramah, program yang pernah disertai & karya seni yang dihasilkan. Semoga beroleh manfaat.
Monday, 7 April 2014
Kaca Mata II
Memandang sekeliling dengan mata hati, akan memberi motivasi yang mampu memperbaiki diri dari hari ke hari.
Semalam, kisah kanta harus dibuat oleh pakar. Padanan untuk menjalani hidup adalah dengan menggunakan kaca mata Khaliq, Allah SWT.
Hari ini kita imbas kembali...
Di awal menggunakan cermin mata, sebelum dan selepas rasanya berbeza. Terasa seperti ada sesuatu di atas hidung.
Ia mengganggu dan tidak selesa, pada peringkat awalnya.
Namun hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan.
Apa yang berlaku? Rasa terasa janggal pula kalau tidak memakainya.
'Dah bawa kereta, rasa seperti ada yang tiada. Rupanya tertinggal kaca mata di rumah, sanggup patah balik dan mengambilnya'
Kaca Mata Allah SWT
Dalam hidup, bila nak melihat sesuatu dengan kaca mata Allah SWT,
ia juga sesuatu yang tidak selesa pada awalnya, kerana nafsu menginginkan yang sebaliknya.
Rasa tak seronoklah lama-lama dalam majlis ilmu?
Rasa tak sempatlah ke masjid kerana sibuk bekerja?
Nak masuk saf pertama rasa teragak-agak sebab ada orang lain lebih sesuai?
Sebaliknya, jika telah biasa dengan perkara-perkara tersebut,
terasa janggal pula jika tidak melakukannya.
Walau pulang jam 7 malam, rela bergegas solat jemaah di masjid tanpa dipaksa.
Ada yang sanggup ke majlis ilmu yang jauh, kemaskini di facebook pula kerana telah terbiasa. Memang pada permulaan, baru setengah jam pun sudah terasa bosan & mengantuk. Tapi lama-kelamaan, 2-3 jam pun dah tak terasa apa-apa. Malah mungkin hati melonjak-lonjak tidak puas & mahu menadah ilmu lebih lama.
Jom selesa-selesakan diri dengan kaca mata Allah, dalam melihat sesuatu. Ini penting agar kebaikan demi kebaikan akan kita laksanakan tanpa rasa berat & kekok. Jika ia dilakukan dengan kebijaksanaan kita semata-mata terasa pelik. Merujuk segala yang termaktub dalam Kitab Suci-Nya & kalam dari lidah RasulNya itu yang akan kita rasakan terbaik.
Ayuh datangkan rasa selesa melakukan yang ma'ruf,
Janggal melakukan yang munkar,
Lazimi yang fitrah & istiqamah,
Moga kita semua beroleh Redha Allah.
Ustaz Idzhar Jumali - Motivasi Pagi 18 Mac 2014 - Ikim.Fm IKIM FM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Terdapat banyak perumpamaan & analogi yang ada dalam kitab Suci Al-Quran. Antaranya :- Dalam hidup, banyak masa kita dihab...
-
Layar Diri #1 : "Semua manusia ada kekurangan dan kelebihan. Jadi, perbaiki kekurangan dan manfaatkan kelebihan." Layar Diri ...
-
1. Lodeh Nasi Impit Kuah Lodeh : Kuah Lodeh dengan segala bahan-bahannya yang memberikan rasa kepada nasi impit yang kosong dan tawar it...
-
Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.K...
-
Semalam Motivasi baldi yang elok. Hari ini Motivasi Baldi yang bocor. Baldi yang bocor dibawa dengan kesan berbeza, hanya dapat menyiram se...
-
1) Susah & Senang Bagi seseorang yang tidak pernah mencuba sukan pelayaran, mungkin ia kelihatan senang. Namun setelah menyertai su...
-
'IBRAH di sebalik peristiwa ISRAK MIKRAJ 20 May 2013 (Isnin) Tahun Kesedihan.. mula titik besar israk mikraj 'Ibrah di seb...
-
1. Air Putih 2. Air Teh 3. Bentuk- Segitiga 4. Cara Membuka 5. Lauk-pauk 6. Kertas Pembungkus
No comments:
Post a Comment