Setiap kali selepas aktiviti ini kami main bersama, di hujungnya,
markah dikira, masing-masing berlumba-lumba mencari mata kemenangan ...
√ Konsep Menang & Kalah
Pada awalnya, kita cari siapa menang @ kalah? Kita atau anak?
Dalam hidup, menang & kalah, ia proses biasa yang kita lalui.
Biasanya setiap hari kita mahu menang sahaja, tiada orang yang nak
melalui hidup dengan kegagalan.
Kadang kita tersalah lihat sesuatu, kalah seolah-olah sinonim dengan
negatif semata-mata. Adakalanya kita sengaja kalah, sebab yang kita
akan menang tanpa disedari ialah kualiti masa dengan anak, hubungan
akrab dengan si kecil.
Dalam hidup, dengan nilaian mata kita
mungkin puas. Tetapi bila kalah atau mengalah dengan sesuatu keadaan,
jika dilihat dengan mata hati, kita menang & itulah kepuasan
sebenar.
Contoh:-
Dalam perdebatan/bertikam lidah, berundur
nampak mungkin kita kalah. Tapi kita sebenarnya sedang menang besar
kerana dapat menahan amarah.
Bukan kalah tapi mengalah!
Kalau perlu mengalah, dan dengan mengalah itu kita akan dapat yang
lebih besar dalam hidup, kita sebenarnya sedang meniti kemenangan.
Jom lihat sekeliling, di sebalik sesuatu yang kita namakan kekalahan,
atau mengalah, apakah natijah besar yang Allah berikan? Nescaya kita
akan tersenyum besar bila menyedari, kalah kita pada nafsu bukanlah
kekalahan.
Ia satu kemenangan yang tertangguh. Ganjaran yang
lebih kekal sedang menunggu hamba-hambaNya yang sedang berjihad
bersungguh-sungguh!!
Ustaz Idzhar Jumali - Motivasi Pagi @ Ikim Fm
Blog ini menghimpunkan pengisian ceramah, program yang pernah disertai & karya seni yang dihasilkan. Semoga beroleh manfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Terdapat banyak perumpamaan & analogi yang ada dalam kitab Suci Al-Quran. Antaranya :- Dalam hidup, banyak masa kita dihab...
-
Layar Diri #1 : "Semua manusia ada kekurangan dan kelebihan. Jadi, perbaiki kekurangan dan manfaatkan kelebihan." Layar Diri ...
-
1. Lodeh Nasi Impit Kuah Lodeh : Kuah Lodeh dengan segala bahan-bahannya yang memberikan rasa kepada nasi impit yang kosong dan tawar it...
-
Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.K...
-
Semalam Motivasi baldi yang elok. Hari ini Motivasi Baldi yang bocor. Baldi yang bocor dibawa dengan kesan berbeza, hanya dapat menyiram se...
-
1) Susah & Senang Bagi seseorang yang tidak pernah mencuba sukan pelayaran, mungkin ia kelihatan senang. Namun setelah menyertai su...
-
'IBRAH di sebalik peristiwa ISRAK MIKRAJ 20 May 2013 (Isnin) Tahun Kesedihan.. mula titik besar israk mikraj 'Ibrah di seb...
-
1. Air Putih 2. Air Teh 3. Bentuk- Segitiga 4. Cara Membuka 5. Lauk-pauk 6. Kertas Pembungkus
No comments:
Post a Comment