Aktiviti: CARI APA HARI INI?!
Dalam perjalanan menghantar anak-anak ke sekolah, aktiviti itu sering
kami main bersama untuk elak anak tertidur dan hilang mood. Contoh:
Cari lampu merah...
Cari no plet kereta....ABC...
Tamsilan permainan ini dalam hidup. Setiap hari kita perlu mencari
& melakukan banyak perkara. Ia dapat dilakukan hanya dengan
PEMERHATIAN YANG TAJAM.
Saban tahun, jika diperhatikan ada banyak perkara yang sering kita terlepas pandang sekiranya tidak menikmatinya.
Contoh nikmat sihat hanya dirasai setelah diuji dengan sakit.
Justeru setiap inci kehidupan, perlu disusuli lafaz syukur kerana terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan.
Permainan tadi, dalam pemerhatian perlu kepada
3 perkara - 3C :
1. CEPAT
Cepat memerhati sesuatu akan dapat diperlihatkan hikmahnya.
2. CEKAP
Dalam memandu sebuah kehidupan, kecekapan itu akan menyebabkan kita
berjumpa apa yang dicari, tidak terlepas dan dapat melihatnya dengan
jelas.
3. CERMAT
Ketelitian dalam melihat sesuatu nikmat akan menjadikan kita orang yang bersyukur dan tidak kufur.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah ..
'Nikmat (Allah) yang mana lagi yang hendak kamu dustakan?'
Ustaz Idzhar Jumali - Motivasi Pagi 24 Mac 2014
Blog ini menghimpunkan pengisian ceramah, program yang pernah disertai & karya seni yang dihasilkan. Semoga beroleh manfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Terdapat banyak perumpamaan & analogi yang ada dalam kitab Suci Al-Quran. Antaranya :- Dalam hidup, banyak masa kita dihab...
-
Layar Diri #1 : "Semua manusia ada kekurangan dan kelebihan. Jadi, perbaiki kekurangan dan manfaatkan kelebihan." Layar Diri ...
-
1. Lodeh Nasi Impit Kuah Lodeh : Kuah Lodeh dengan segala bahan-bahannya yang memberikan rasa kepada nasi impit yang kosong dan tawar it...
-
Kasih dan sayangnya ibu terhadap anak sukar digambarkan kerana perasaan ini adalah kurniaan Allah kepada seorang wanita yang bergelar ibu.K...
-
Semalam Motivasi baldi yang elok. Hari ini Motivasi Baldi yang bocor. Baldi yang bocor dibawa dengan kesan berbeza, hanya dapat menyiram se...
-
1) Susah & Senang Bagi seseorang yang tidak pernah mencuba sukan pelayaran, mungkin ia kelihatan senang. Namun setelah menyertai su...
-
'IBRAH di sebalik peristiwa ISRAK MIKRAJ 20 May 2013 (Isnin) Tahun Kesedihan.. mula titik besar israk mikraj 'Ibrah di seb...
-
1. Air Putih 2. Air Teh 3. Bentuk- Segitiga 4. Cara Membuka 5. Lauk-pauk 6. Kertas Pembungkus
No comments:
Post a Comment