Sunday 12 October 2014

Status @ Fb

15 Jan 2015

Dosa dan Pahala….
"Ada dosa di sebalik dosa, berhati-hatilah…Ada pahala di sebalik pahala, berlumba-lumbalah…"
*viralkan yang baik-baik saja

14 Jan 2015
Baik itu fitrah kita…
"Mari kita buat perkara baik, dengan cara yang terbaik, sebagaimana yang diinginkan oleh Yang Maha Baik"

13 Jan 2015
Perbezaan kita dan nabi....
"Nabi sanggup menyusahkan diri sendiri demi kesenangan orang lain, tapi kita sanggup menyusahkan orang lain demi kesenangan diri sendiri"

19 Oktober 2014

Belajar daripada sebuah kematian.
"Kematian adalah apabila roh terpisah dari jasad. Jasad tanpa roh dipanggil mayat."
Begitu jugalah ibadah. Ibadah tanpa roh ibarat sebuah kematian. Mari 'hidup'kan ibadah kita dengan memberikan roh kepadanya. Hanya dengan demikian akan terasa keseronokan, keindahan dan halawatul iman….

12 Oktober 2014

Belajar daripada kesilapan ejaan dan tulisan perkataan…
"Hidup ini adalah sebuah pencarian. Apabila dirimu mencari kesalahan, maka yang akan dikau temui adalah kesalahan demi kesalahan. Berusahalah mencari kebaikan, kerana kelak dikau akan temui 1001 kebaikan walau pun di celah keburukan."

ANDA IALAH APA YANG ANDA CARI


Keratan Akhbar 11102014








Popular Posts