Monday 7 April 2014

CARI APA HARI INI 2


Biasanya bila bermain di dalam kereta, anak2 hanya fokus perkara di luar kenderaan..
Bangunan... Plet kereta...

Tapi kadangkala saya tukar dengan menyebut yang hampir..
seperti pen, perkataan di beg sekolah, logo tertentu dalam kereta.
Biasanya mereka tak jumpa sebab hanya tengok di luar, terlupa apa yang ada di dalam.

Motivasi LUARAN vs DALAMAN :-


Dalam memerhati, mudah & pantas untuk tengok yang jauh. Sukar untuk tengok sesuatu yang dekat dengan kita.

Muhasabah kelemahan diri sukar dilihat. Kita biasanya perlu minta bantuan orang lain.

Muhasabah kelemahan orang lain amat mudah malah mungkin itulah yang sering dilakukan.

Sukar melihat diri kerana fokus sangat sempit, melihat diri orang lain mudah kerana fokusnya luas.

Jom muhasabah diri & baiki setiap sisi negatif kita dengan cepat...

Lihatlah kelemahan orang lain untuk dijadikan 'ibrah & manfaat, bukan modal untuk 'menganyam ketupat'.......

Ustaz Idzhar Jumali Motivasi Pagi 25032014 -

No comments:

Post a Comment

Popular Posts