Monday 7 April 2014

Kaca Mata I



Dalam suasanan jerebu dan keterbatasan jarak penglihatan, moga segalanya bertambah baik.

Saya rabun dekat. Mahu atau tidak saya perlukan cermin mata.
Suatu hari saya ke kedai cermin mata. Lalu saya diminta ke satu bilik.
Saya melalui proses acu dan cuba untuk mendapatkan kanta yang sesuai. Akhirnya, dapatlah saya kaca mata yang berpadanan.

Motivasi untuk diri..
Lihat kehidupan kita yang dilalui saban minggu, saban tahun.
Kita perlu pada saranan pakar untuk melihat dengan lebih jelas dalam kekaburan kita mendepani masalah.
Saranan terbaik pastinya kembali kepada pandangan yang disarankan oleh Allah SWT. Dia yang mencipta kita, pastinya tahu apa yang terbaik untuk kita.

Minggu yang baru ini, dalam berdepan dengan kekaburan hidup, dalam apa jua aspek, ayuh kita guna dan padankan pandangan dan acuan yang telah disediakan Allah SWT.
Seandainya kita mencari acuan selain dari itu yang mungkin difikirkan sesuai, pastinya kita akan kecewa.

Pagi ini, hari ini, mari kita mula gunakan 'KACA MATA KHALIQ'.
Seperti mana saranan yang disebut Allah dalam KitabNya -

{Wahai orang-orang yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya -...} Surah An-Nisa' ayat 59

Ayuh pastikan diri kita sentiasa bergerak di landasan kacamata Ilahi,
'GPS' hidup kita yang paling jelas & terperinci.
Sesungguhnya itulah acuan fitrah yang terbaik dan paling sesuai buat diri kita yang sering cuai lagi lalai.

Ustaz Idzhar Jumali - Motivasi Pagi Radio Ikim.Fm 91.5 mhz - 17032014

No comments:

Post a Comment

Popular Posts