Monday 7 April 2014

Cari Apa Hari Ini 4

Setiap kali selepas aktiviti ini kami main bersama, di hujungnya, markah dikira, masing-masing berlumba-lumba mencari mata kemenangan ...

√ Konsep Menang & Kalah

Pada awalnya, kita cari siapa menang @ kalah? Kita atau anak?

Dalam hidup, menang & kalah, ia proses biasa yang kita lalui. Biasanya setiap hari kita mahu menang sahaja, tiada orang yang nak melalui hidup dengan kegagalan.


Kadang kita tersalah lihat sesuatu, kalah seolah-olah sinonim dengan negatif semata-mata. Adakalanya kita sengaja kalah, sebab yang kita akan menang tanpa disedari ialah kualiti masa dengan anak, hubungan akrab dengan si kecil.

Dalam hidup, dengan nilaian mata kita mungkin puas. Tetapi bila kalah atau mengalah dengan sesuatu keadaan, jika dilihat dengan mata hati, kita menang & itulah kepuasan sebenar.

Contoh:-
Dalam perdebatan/bertikam lidah, berundur nampak mungkin kita kalah. Tapi kita sebenarnya sedang menang besar kerana dapat menahan amarah.

Bukan kalah tapi mengalah!

Kalau perlu mengalah, dan dengan mengalah itu kita akan dapat yang lebih besar dalam hidup, kita sebenarnya sedang meniti kemenangan.

Jom lihat sekeliling, di sebalik sesuatu yang kita namakan kekalahan, atau mengalah, apakah natijah besar yang Allah berikan? Nescaya kita akan tersenyum besar bila menyedari, kalah kita pada nafsu bukanlah kekalahan.

Ia satu kemenangan yang tertangguh. Ganjaran yang lebih kekal sedang menunggu hamba-hambaNya yang sedang berjihad bersungguh-sungguh!!

Ustaz Idzhar Jumali - Motivasi Pagi @ Ikim Fm

No comments:

Post a Comment

Popular Posts