Monday 7 April 2014

Kaca Mata III


Cermin mata yang dipakai, perlu dicuci saban hari kerana sering terkena kotoran; habuk dan air. Ia dibersihkan dengan kain yang khusus bukan sembarangan, agar tidak calar dan rosak.

Dalam kehidupan...
Jika dilihat dengan kaca mata AllahSWT , yakin dan percaya ia perlu sentiasa dibersihkan. Mahu tidak mahu kadangkala terlekat banyak gangguan & halangan yang akan merosakkan fahaman lantaran ketiadaan proses 'membersihkan kotoran'.


Syirik dan khurafat misalnya, walaupun diletakkan seolah-olah bersandarkan Kalam Allah dan Nabi, ia sebenarnya sedang mencalarkan 'cermin mata' tersebut. Cara membersihkan tiada lain melainkan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

{Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (SAW)." (Imam Malik)}

Ayuh kita 'lap' pandangan serong dan kefahaman yang lari dari tasawur Islam yang sebenar. Risau dan bimbang sekiranya 'habuk-habuk' itu akan menggelapkan hati, 'menjerebukan' minda lantas menjadikan kita hambaNya yang kian rosak dan teruk.

Ustaz Idzhar Jumali - #Motivasi Pagi - Ikim.Fm IKIM FM 91.5mhz

No comments:

Post a Comment

Popular Posts